07 April 2023 - Majlis Bicara Wahyu (MBW) Ihya Ramadan Tahun 2023/1444H
Majlis Bicara Wahyu (MBW) Ihya Ramadan Tahun 2023/1444H
07 April 2023 | Jumaat
16 Ramadan 1444H bersamaan 7 April 2023, bertempat di Dewan Serbaguna Aras 9 E12, Majlis Bicara Wahyu sempena Ihya Ramadan anjuran Bahagian Pendidikan Islam diteruskan secara hibrid di mana lebih 300 hadirin kalangan guru, warga KPM serta murid-murid telah hadir. Majlis juga ditayangkan secara langsung melalui platform YouTube PPADNI, Facebook BPI dan Facebook PPADNI.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Kahfi ayat 1-10, Surah Yasin dan doa. Tajuk "Sesuci Alunan Wahyu Allah" telah dikupas dan dialunkan dengan lunaknya oleh Al Fadhil Ustaz Tarmizi bin Ali, Juara Akademi Al Quran Musim ke-4.
Turut hadir dalam majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah (TKPPM SOS), YBrs Dr Norisah Binti Suhaili dan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, YBrs. Tn. Abu Hanifah @ Fauzi bin Zahari, serta pegawai-pegawai kanan bahagian.
- Hits: 775