07 April 2023 - Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Selangor

Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Selangor

07 April 2023 | Jumaat

Yayasan Didik Negara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Farm Fresh selaku rakan strategik KPM telah menganjurkan Jerayawara Pendidikan Madani peringkat negeri Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
 
Dalam majlis ini, syarikat Farm Fresh telah menyahut inisiatif KPM untuk mendepani isu kemiskinan multidimensi dengan memberi sumbangan bernilai RM500,000. Ia bertujuan untuk mewujudkan pusat komuniti khas yang akan memberi manfaat kepada murid-murid kurang bernasib baik.
 
Syarikat Farm Fresh turut memberi subsidi potongan harga susu 15% berbanding harga pasaran kepada sekolah-sekolah KPM di seluruh negara.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Hj Pkharuddin Hj Ghazali dan pengurusan tertinggi KPM.
 
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
 
 
 
  • Hits: 489

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.