06 Mei 2023 – Majlis Perasmian Sukan Tahunan Bersama Kali Ke-16 Di Antara Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Singapura
Mesyuarat Kali Ke-3 Malaysia-Singapore Joint Working Group (JWG) Serta Majlis Perasmian Sukan Tahunan Bersama Kali Ke-16 Di Antara Kementerian Pendidikan Malaysia Dan Singapura
06 Mei 2023 | Sabtu
YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama rakan sejawat beliau Tuan Lai Chung Han, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Singapura telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat kali ke-3 Malaysia-Singapore Joint Working Group (JWG) yang berlangsung di Pulau Langkawi.
Mesyuarat ini diadakan setiap tahun bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan di antara Malaysia dan Singapura.
Turut diadakan pada hari ini adalah acara perasmian Sukan Tahunan Bersama kali ke-16 di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Singapura.
Acara tahunan yang telah terhenti selama 2 tahun sebelum ini ekoran pandemik COVID19 telah berjaya diadakan semula pada tahun ini. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi edisi ke-16 pada kali ini. Sebanyak 18 acara sukan dipertandingkan dengan atlet-atlet yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Singapura.
Turut menghadiri kedua-dua acara pada hari ini adalah Dato' Hj. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Puan Liew Wei Li, Ketua Pengarah Pendidikan Singapura serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan kedua-dua negara.
- Hits: 371