05 Mei 2023 – Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Pulau Langkawi

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Pulau Langkawi

05 Mei 2023 | Jumaat

YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Langkawi bagi memeriksa status pembinaan SMK Bohor Jaya dan projek pembangunan pra-sekolah di SK Penghulu Ahmad yang mana kedua-duanya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya selaku agensi pelaksana.

Beliau turut mengadakan lawatan ke SMK Tunku Putra bagi melihat pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi dan SK Seri Lagenda bagi meneliti masalah penyelenggaraan di sekolah tersebut.

Lawatan kerja ini turut diadakan bersempena dengan Mesyuarat ke-3 Malaysia-Singapore Joint Working Group dan 16th Malaysia-Singapore Ministry of Education Annual Games yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Mei 2023 di Pulau Langkawi.

Turut serta dalam lawatan kerja tersebut adalah wakil daripada pengurusan tertinggi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
  • Hits: 740

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 05 Disember 2023, 15:52.