04 April 2023 - Jaulah Ramadan KPM 2023 @ Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
Jaulah Ramadan KPM 2023 @ Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
04 April 2023 | Selasa
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum (TKPPM SDK), YBrs Dr Ahmad Rafie bin Che Kassim telah berkesempatan untuk beramah mesra, berbuka puasa dan solat terawih bersama-sama dengan para pelajar dan guru di SBPI Jempol, Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam acara ini ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), YBrs. En. Ab Aziz bin Mamat, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengesanan Dasar Pend. Islam, BPI, YBrs. Tn Hj Mohamad Zaki bin Hamid serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan JPN Negeri Sembilan.
- Hits: 622