03 Mei 2023 – Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pendidikan @ Alor Setar, Kedah
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pendidikan @ Alor Setar, Kedah
03 Mei 2023 | Rabu
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying telah mengadakan lawatan kerja ke empat buah sekolah di Alor Setar, Kedah. Sekolah terlibat adalah SJKC Peng Min, SJKC Keat Hwa S, SJKT Barathy dan SK Taman Rakyat.
Menerusi lawatan ini, YB Timbalan Menteri Pendidikan telah berkesempatan untuk meninjau operasi harian dan keadaan infrastruktur sekolah.
Dalam sidang media yang diadakan selepas selesai lawatan, YB Timbalan Menteri Pendidikan telah mengingatkan pentadbir sekolah untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan bawah KPM.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
- Hits: 209