03 April 2023 - Kunjungan Hormat Lembaga Zakat Selangor Ke Kementerian Pendidikan Malaysia
Kunjungan Hormat Lembaga Zakat Selangor Ke Kementerian Pendidikan Malaysia
03 April 2023 | Isnin
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebagai penghargaan bagi pembayaran zakat melalui potongan gaji yang telah ditunaikan oleh warga KPM.
Kunjungan LZS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Sabirin Mohd Sarbini turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi mengenai ruang kerjasama yang boleh diterokai oleh kedua-dua belah pihak bagi menambah baik kutipan dan agihan zakat.
- Hits: 742