02 April 2023 - Jom Singgah Sahur @ Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Perlis
Jom Singgah Sahur @ Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Perlis
02 April 2023 - Lawatan kerja Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ke negeri Perlis diteruskan dengan acara lawatan dan singgah sahur di SMK Abi. Dalam acara ini, Menteri Pendidikan telah berpeluang untuk beramah mesra dan bersahur bersama-sama dengan para pelajar dan guru.
Turut hadir dalam acara ini ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Hj Pkharuddin Hj Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, YBrs. Tn Hj Shafruddin Hj Ali Hussin serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan JPN Negeri Perlis.
SMK Abi atau juga dikenali sebagai Abi Country School (ACS) terkenal dengan kecemerlangan dalam sukan ragbi di peringkat negeri dan kebangsaan.
- Hits: 449