02 – 03 Oktober 2023 - Lawatan Kerja YBTM Ke Sekolah-Sekolah Di Sarawak

Lawatan Kerja YBTM Ke Sekolah-Sekolah Di Sarawak
 
02 – 03 Oktober 2023 | Isnin - Selasa
 
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak yang bertujuan untuk meninjau sendiri keadaan infrastruktur, kerja penyelenggaraan dan operasi sekolah.
 
YB Lim Hui Ying turut mengadakan kunjung hormat ke atas Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan pendidikan.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kerajaan Sarawak sentiasa bekerjasama erat bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik untuk manfaat semua pihak.
 
 
  • Hits: 495

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 07 Disember 2023, 09:12.