01 Ogos 2023 - Sesi Townhall Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Kluster Perkhidmatan Pendidikan

Sesi Townhall Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Kluster Perkhidmatan Pendidikan
 
01 Ogos 2023 | Selasa
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Sesi Townhall Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Kluster Perkhidmatan Pendidikan (D) pada Selasa, bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
 
Sesi townhall yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi ini telah diadakan secara hibrid. Ia melibatkan penyertaan seramai 3,666 pegawai daripada 10 skim perkhidmatan di bawah kluster pendidikan yang meliputi pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta wakil kesatuan dan persatuan yang terlibat.
 
Sebanyak 953 input cadangan penambahbaikan telah diterima sejak 28 Julai 2023 sehingga 1 Ogos 2023.
 
Terima kasih atas penglibatan semua.
 
 
  • Hits: 405

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.