logo.rasmi.bm

Isu Perpindahan Ke Bangunan Baru SJKT Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor

4 LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI ISU PERPINDAHAN KE BANGUNAN BARU SJKT SEAPORT, KAMPUNG LINDUNGAN, PETALING JAYA, SELANGOR

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum tentang isu perpindahan SJKT Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor sebagaimana yang ditimbulkan oleh pihak media baru-baru ini.

KPM ingin menjelaskan isu perpindahan sekolah ini bermula sejak tahun 1983 apabila KPM dimaklumkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ingin mengambil alih tanah tapak sekolah tersebut bagi projek perumahan oleh PKNS.

Sebagai ganti, pihak PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor telah mencadangkan agar bangunan baru dibina di atas tanah seluas 5 ekar di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor yang jarak antara bangunan baru yang dibina dengan sekolah asal hanya lebih kurang 2.5 KM.

Ekoran dari cadangan pihak PKNS dan Kerajaan Negeri selangor, KPM telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak sekolah dan ibu bapa dari sekolah tersebut.Melalui perbincangan yang telah diadakan pada 7 Mac 2012, sebahagian besar ibu bapa telah pun bersetuju untuk berpindah ke bangunan yang baru.

Walaubagaimanapun, KPM mendapati ada sebilangan ibu bapa tidak bersetuju untuk berpindah apabila arahan perpindahan mula dilaksanakan bermula sesi persekolahan tahun ini atas alasan jarak yang agak jauh dan tidak mampu untuk menanggung kos pengangkutan.

Bagi mengatasi isu ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengadakan beberapa siri perbincangan lagi dengan pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan PIBG sekolah tersebut.

Melalui sessi perbincangan ini, pihak LPS telah menyatakan kesediaan untuk menampung perbezaan kos pengangkutan seperti yang diminta oleh ibu bapa yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, apabila sesi persekolahan bermula pada tahun ini, didapati segelintir ibu bapa masih kekal dengan pendirian untuk tidak berpindah.

Oleh kerana operasi sekolah ini telah di hentikan sepenuhnya di tapak sekolah yang lama, KPM menasihatkan agar semua murid hendaklah berpindah ke bangunan baru yang telah disiapkan.

Jika terdapat ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke bangunan baru, KPM akan membantu ibubapa tersebut untuk menempatkan anak-anak mereka ke sekolah berdekatan yang lain.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

10 Januari 2014

 

 

  • Hits: 9545

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 21 Mei 2019, 16:19.