Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Ketua Setiausaha KPM Hadiri The Southeast Asia Minister of Education Organisation High Officials Meeting (SEAMEO HOM) di Bangkok, Thailand

Ketua Setiausaha KPM Hadiri The Southeast Asia Minister of Education Organisation High Officials Meeting (SEAMEO HOM) di Bangkok, Thailand

 

26 Nov 2025 | Rabu

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim telah menghadiri the Southeast Asia Minister of Education Organisation High Officials Meeting (SEAMEO HOM) di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Mesyuarat dua hari tersebut telah dihadiri oleh 11 negara anggota SEAMEO, negara anggota bersekutu dan Pengarah pusat-pusat serantau SEAMEO. Ia memberi fokus kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian kepada aktiviti tahunan pusat serantau SEAMEO, pengurusan kewangan dan pentadbiran organisasi.

Turut dibincangkan adalah pelaksanaan program-program rentas sempadan dan kolaborasi strategik di antara negara ahli SEAMEO bagi memastikan perkongsian amalan terbaik dalam bidang pendidikan dapat dimanfaatkan secara bersama.

Hits : 25