Piagam Pelanggan

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

BIL

ELEMEN PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN

PROSES KERJA

1.

Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaaan awam diumumkan seperti keterangan berikut :

 

i.

Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Berasrama Penuh dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

  pdf Muat Turun (86 KB)

ii.

Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Sukan dan Seni Malaysia dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja.

Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian

  pdf Muat Turun (155 KB)

iii.

Lepasan PT3 ke Sekolah Berasrama Penuh dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

  pdf Muat Turun (156 KB)

iv.

Lepasan PT3 ke Kolej Vokasional dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

  pdf Muat Turun (84 KB)

v.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam dimaklumkan dalam tempoh 19 hari bekerja.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

  pdf Muat Turun (174 KB)

vi.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi menerima surat tawaran dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh pelajar mendaftar.

Bahagian Matrikulasi

  pdf Muat Turun (158 KB)

2.

Keputusan permohonan belajar semula atau pertukaran murid dimaklumkan :

 

i.

Keputusan permohonan belajar semula atau pertukaran murid Sekolah Sukan dan Seni Malaysia dimaklumkan dalam tempoh 6 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian

  pdf Muat Turun (152 KB)

ii.

Keputusan permohonan belajar semula atau pertukaran murid Sekolah Harian dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

  pdf Muat Turun (167 KB)

iii.

Keputusan permohonan pertukaran murid Kolej Vokasional dimaklumkan dalam tempoh 10 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional

  pdf Muat Turun (154 KB)

iv.

Keputusan permohonan belajar semula Kolej Vokasional dimaklumkan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

  pdf Muat Turun (151 KB)

v.

Keputusan permohonan pertukaran murid Sekolah Berasrama Penuh dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

  pdf Muat Turun (156 KB)

3.

Mengumumkan keputusan kemasukan pelajar dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT

  pdf Muat Turun (154 KB)

4.

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan

  pdf Muat Turun (166 KB)

5.

Keputusan penempatan guru baharu dan pertukaran guru seperti keterangan berikut :

 

i.

Keputusan penempatan guru Pendidikan Khas dimaklumkan selewat-lewatnya 9 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.

Bahagian Pendidikan Khas

  pdf Muat Turun (154 KB)

ii.

Keputusan pertukaran guru Pendidikan Khas dimaklumkan selewat-lewatnya 4 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

  pdf Muat Turun (152 KB)

iii.

Keputusan penempatan guru Kolej Vokasional dimaklumkan selewat-lewatnya 10 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.

Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional

  pdf Muat Turun (163 KB)

iv.

Keputusan pertukaran guru Kolej Vokasional dimaklumkan selewat-lewatnya 13 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

  pdf Muat Turun (161 KB)

v.

Keputusan penempatan guru Sekolah Harian dimaklumkan selewat-lewatnya 21 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

  pdf Muat Turun (167 KB)

vi.

Keputusan pertukaran guru Sekolah Harian dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

  pdf Muat Turun (191 KB)

vii.

Keputusan penempatan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama /Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.

Bahagian Pendidikan Islam

  pdf Muat Turun (155 KB)

viii.

Keputusan pertukaran guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama /Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

  pdf Muat Turun (158 KB)

ix.

Keputusan penempatan guru dan jurulatih Sekolah Sukan dan Seni Malaysia dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.

Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian

  pdf Muat Turun (158 KB)

x.

Keputusan pertukaran guru dan jurulatih Sekolah Sukan dan Seni Malaysia dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

  pdf Muat Turun (87 KB)

xi.

Keputusan penempatan guru Sekolah Berasrama Penuh dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

  pdf Muat Turun (156 KB)

xii.

Keputusan pertukaran guru Sekolah Berasrama Penuh dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

  pdf Muat Turun (156 KB)

6.

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) seperti keterangan berikut :

 

i

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Siswazah untuk laluan kenaikan pangkat secara cemerlang diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  pdf Muat Turun (167 KB)

ii

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Siswazah untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 50 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  pdf Muat Turun (165 KB)

iii.

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Bukan Siswazah untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  pdf Muat Turun (162 KB)

7.

Surat tawaran biasiswa kepada pegawai dalam perkhidmatan dan mahasiswa dalam tempoh 7 hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.

Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan

  pdf Muat Turun (151 KB)

8.

Pengeluaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu dibuat tidak melebihi 20 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

  pdf Muat Turun (183 KB)

9.

Pemakluman keputusan bagi permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, JPT

  pdf Muat Turun (160 KB)

10.

Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.

Bahagian Pendidikan Swasta

  pdf Muat Turun (154 KB)

11.

Mengeluarkan kelulusan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) seperti berikut :

 

i.

Surat Kebenaran Penubuhan IPTS dalam tempoh 44 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

Bahagian Standard Swasta, JPT

  pdf Muat Turun (161 KB)

ii.

Sijil Perakuan Pendaftaran IPTS dalam tempoh 30 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima (termasuk kelulusan daripada 3 agensi)

  pdf Muat Turun (159 KB)

iii.

Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian Baharu/Tambahan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor MQA.

  pdf Muat Turun (158 KB)

iv.

Sijil Permit Mengajar dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

  pdf Muat Turun (155 KB)

v.

Surat Sokongan Permohonan Pas Penggajian Tenaga Pengajar Warga Asing dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

  pdf Muat Turun (156 KB)

12.

Permohonan Akreditasi Penuh diselesaikan dalam tempoh 9 minggu bermula dari penilaian akreditasi sehingga siaran keputusan di Portal Agensi Kelayakan Malaysia.

Agensi Kelayakan Malaysia

  pdf Muat Turun (167 KB)

Dikemaskini pada : 27.12.2019

  • Hits: 1297
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 Mac 2020, 07:14.