Piagam Pelanggan

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

BIL

ELEMEN PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN

PROSES KERJA

1.

Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaaan awam diumumkan seperti keterangan berikut :

   
i.

Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama penuh dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja

BPSBP
 ii. Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja BPI
 iii. Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Seni Malaysia dimaklumkan dalam tempoh 45 hari bekerja BSKK
 iv. Lepasan PT3 ke sekolah vokasional/teknik/asrama penuh/SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja BPI
BPSBP
BPLTV
v.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja

Bahagian Matrikulasi
 vi. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja. BPSH

2.

Keputusan permohonan belajar semula/pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

BPI

BSKK
BPSH
BPLTV
BPSBP

3.

Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.

BP Khas

BPLTV
BPSH
 BPI
 BSKK
 BPSBP

4.

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

BSTP

5.

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

BPSM

6.

Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh  tujuh (7) hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.

BP Swasta

7.

Mengeluarkan surat tawaran Biasiswa/Pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan mahasiswa dalam tempoh 7 hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus

BBP
8

Mengumumkan keputusan kemasukan pelajar dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

BPKA,JPT

9

Mengeluarkan kelulusan kepada Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) seperti berikut :-

Bahagian Standard Swasta, JPT  
i.

Surat Kebenaran Penubuhan IPTS dalam tempoh 45 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

ii.

Sijil Perakuan Pendaftaran IPTS dalam tempoh 30 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima (termasuk kelulusan daripada 3 agensi)

iii.

Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian Baharu/Tambahan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor MQA.

iv.

Sijil Permit Mengajar dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

v

Surat Sokongan Permohonan Pas Penggajian Tenaga Pengajar Warga Asing dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

10.

Pengeluaran pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan.

PTPTN

11.

Surat keputusan bagi permohonan akreditasi program dikeluarkan daripada pembekal pendidikan tinggi dalam tempoh 7 bulan selepas semua permohonan lengkap diterima.

MQA

  • Hits: 2900
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Oktober 2019, 20:03.