Tahniah Atas Kejayaan Mencapai Skor Sempurna 45/45 poin Dalam Peperiksaan IB May 2023

1 Logo Korporat KPM BMRaz Irina Mohd Razlan adalah pelajar Kohort 6 program Diploma International Baccalaureate Kolej Tunku Kurshiah yang telah berjaya mencapai skor sempurna 45/45 poin dalam peperiksaan IB May 2023.

Beliau telah mencapai gred tertinggi (Gred 7) bagi 6 kumpulan subjek, termasuk 3 mata penuh untuk subjek CORE (Extended Essay dan TOK). Kejayaan ini meletakkan Raz Irina sebagai antara kurang 1% calon dari seluruh dunia yang berjaya mencatat skor sempurna.
Seorang pelajar yang sentiasa komited, positif, mempamerkan kematangan diri dalam berfikir dan ampuh berdikari, Raz Irina menunjukkan konsistensi dan kecemerlangan dalam pembelajarannya.
 
Beliau telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang MEng Chemical Engineering di Imperial College London.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Raz Irina Mohd Razlan.
 
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
Diploma International Baccalaureate Kolej Tunku Kurshiah
 
 
 
  • Hits: 184

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.