• Laman Utama
  • Korporat
  • Pencapaian
  • Kejayaan Murid Memenangi SENIA Student Award daripada Special Education Network & Inclusion Association (SENIA)

Kejayaan Murid Memenangi SENIA Student Award daripada Special Education Network & Inclusion Association (SENIA)

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar berkeperluan khas, Brigette Yasin, dari Kolej Vokasional Keningau, yang telah berjaya memenangi SENIA Student Award daripada Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) pada 12 Disember 2022.

Anugerah ini adalah anugerah tahunan yang diberikan kepada pelajar yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti berkeperluan khas. Brigette Yasin yang merupakan pelajar istimewa (masalah pendengaran) telah menempa pelbagai kejayaan dalam bidang sukan terutamanya olahraga, kejohanan futsal dan boling sepuluh pin. Beliau telah menerima wang tunai USD 1,500.00 (RM 6000), trofi dan juga sijil penghargaan.
 
 
 
SENIA Student Award daripada Special Education Network Inclusion Association SENIA
  • Hits: 860

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Disember 2023, 12:00.