Kejayaan Murid Dalam 63rd International Mathemathical Olympiad 2022

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan Malaysia dalam 63rd International Mathemathical Olympiad (IMO) 2022 yang telah diadakan pada 9 hingga 16 Julai 2022 di Oslo, Norway. Pasukan negara yang dianggotai oleh 6 orang peserta telah berjaya merangkul enam (6) anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut. Salah seorang wakil negara merupakan seorang (1) murid sekolah menengah iaitu adik Leia Mayssa Binti Masyerin dari Pusat GENIUS@Pintar Negara. Sebelum ini, pasukan Malaysia diwakili oleh peserta lelaki dan adik Leia merupakan peserta perempuan ketiga yang layak mewakili pasukan Malaysia sejak tahun 1995.

KPM telah menyertai pertandingan IMO sejak tahun 1995 bagi memberi peluang murid bersaing dalam bidang matematik di peringkat antarabangsa dan penyertaan kali ini adalah kali ke-28. Berdasarkan pencapaian dalam IMO pada tahun 2022, Malaysia kini berada di kedudukan ke-44 dalam kalangan 104 negara yang bertanding. IMO merupakan pertandingan matematik antarabangsa terbesar dunia telah mengumpulkan seramai 589 peserta dari 104 buah negara pada tahun ini.

Secara keseluruhan, pasukan Malaysia telah memenangi 1 gold medal, 1 silver medal, 1 bronze medal dan 3 Honourable Mention.

 

1. Poster  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Hits: 1312

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 07 Disember 2022, 15:41.