• Laman Utama
  • Korporat
  • Pencapaian
  • BPsK Menang Pingat Emas Dan Perak: Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa (i-Counnovas) PERKAMA International 2019

BPsK Menang Pingat Emas Dan Perak: Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa (i-Counnovas) PERKAMA International 2019

Pada 1 - 2 April 2019, Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) telah menyertai Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa (i-Counnovas)  *PERKAMA International di Universiti Putra Malaysia.

Dalam pertandingan ini, BPsK telah mengetengahkan dua model inovasi iaitu Inovasi Model Perkhidmatan Kaunseling Abad 21 (PKA21)  dan Inovasi Terapi Bermain: Modul ik-tbA . Kedua-dua inovasi  yang dipertandingkan telah berjaya menarik perhatian dan minat juri sehingga dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas dan Pingat Perak  dalam pertandingan tersebut.

Bagi kumpulan  Inovasi Perkhidmatan Kaunseling Abad 21 (PKA21)   mereka telah  berjaya  dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas dan diwakili oleh tiga  orang Kaunselor Kanan BPsK iaitu  En. Che Mohd Padali bin Che Mat, En. Azizurahman bin Hj. Samian dan En. Vigneswara Rao a/l Subramaniam dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakala Inovasi Terapi Bermain: Modul ik-tbA (Modul Intervensi Kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain Adlerian)  telah  berjaya memenangi pingat Perak dan diwakili  oleh dua orang Pegawai Psikologi  iaitu  Pn. Linda binti Jamaluddin, Pn. Nurrul Azwa binti Mohd Kassim dan  seorang Kaunselor Kanan  iaitu Pn. Nor Hafizah Binti Mohammad Hanafi dari BPsK, Kementerian Pendidikan Malaysia.  

*PERKAMA – Persatuan Kaunseling Malaysia

  • Hits: 684
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Oktober 2019, 20:03.