10 Finalis Terbaik Global Student Prize 2022
Syabas dan Tahniah dari Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Alesyah Asa, pelajar Kolej Vokasional Keningau, yang berjaya menjadi 10 finalis terbaik bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia iaitu Global Student Prize tahun 2022 anjuran Varkey Foundation dan Chegg.org.
Alesyah merupakan wakil tunggal Malaysia dalam pertandingan ini dan dia berpeluang untuk memenangi anugerah ini yang menawarkan hadiah berjumlah USD 100,000.00 bersamaan dengan lebih kurang RM 445,000.00. Semoga berjaya!
Pautan video Alesyah Asa sebagai 10 finalis terbaik: https://youtu.be/HJKVBMjv5WA

- Hits: 1513