Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KETUA JABATAN

kosong

Nama : 

Pn Hajah Norhayati binti Haji Ab Wahab

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang kepada semua warga negara Malaysia.
  • Meluaskan dasar pendemokrasiaan pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.
  • Memastikan pengurusan pendidikan termasuk pendidikan Islam yang lebih bersistematik, efisien dan berkesan.
  • Memberikan kemudahan infrastruktur yang selesa dan berkualiti bagi tempat kerja, kediaman dan sekolah.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme tenaga pendidik dan personel bagi meningkatkan kecekapan dalam Pentadbiran, Pengajaran dan Pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Pendidikan.
  • Mewujudkan sistem pengurusan organisasi pendidikan yang berteraskan ICT.
  • Meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dan potensi serta kualiti pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
  • Mempertingkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi untuk mencapai matlamat 60:40
  • Menguruskan pertukaran dan penempatan guru / murid mengikut permohonan dan kekosongan tempat.
  • Menjana perkembangan sahsiah murid-murid pendidikan khas.
  • Memastikan semua murid WPKL menguasai asas 3M.

FUNGSI

FUNGSI PENGURUSAN

  • Merancang, menyelia, mengurus, melaksana dan memantau perkhidmatan sokongan dalam hal-hal perkhidmatan personal, perjawatan, latihan, pentadbiran kewangan, maklumat dan kemudahan fizikal secara profesional, cekap dan berkesan.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan memastikan pelaksanaan kurikulum, pengurusan pendidikan dan dakwah dilaksanakan dengan sempurna mengikut prinsip dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan memastikan pelaksanaan kurikulum, pengurusan akademik dilaksanakan mengikut prinsip dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mengurus dan mengendalikan program pembangunan kemanusiaan dan memastikan pelaksanaan kurikulum dan perkembangan sahsiah pelajar dilaksanakan selaras dengan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan memastikan pelaksanaan pengurusan sekolah menengah / rendah dan pendidikan swasta dilaksanakan berteraskan perundangan pendidikan.

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KAMI WARGA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

  1. Keputusan penempatan murid bagi:
    • Tingkatan Empat (4) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) dikeluarkan selepas empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. (SPI)
    • Kemasukan Tingkatan Enam (6) Semester 1 iaitu rayuan umum, rayuan calon pensendirian/ swasta/SMAN dan berasaskan pencapaian kokurikulum dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. (SPI)
    • Permohonan belajar semula di Sekolah Rendah dan Menengah Harian dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  2. Keputusan pertukaran murid bagi:
    • Semua Sekolah Rendah Harian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lengkap diterima.
    • Semua Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kolej Tingkatan Enam dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memastikan urusan rayuan bersekolah semula murid diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  4. Memastikan semua calon peperiksaan awam yang didaftarkan dapat menduduki peperiksaan.
  5. Memastikan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Memastikan penempatan pertukaran guru diuruskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh arahan pertukaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  7. Surat penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas arahan penempatan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  8. Mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran, Permit Guru, Pengelola dan Pekerja institusi pendidikan swasta dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan   yang lengkap serta memenuhi terma dan syarat.
  9. Memastikan pesara wajib diberi faedah persaraan pada atau selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari dari tarikh persaraan.
  10. Memastikan aduan yang diterima dengan maklumat yang lengkap disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh lima belas hari (15) bekerja dari tarikh aduan diterima bagi aduan biasa. Bagi kes aduan kompleks, tempoh penyelesaian bergantung kepada tahap kompleksiti aduan.
  11. Memproses bil-bil dan baucer bayaran dalam tempoh (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap, sempurna dan diakui sah.
  12. Memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh laporan lengkap atau temu janji diterima.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JPWP KL

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,
50604 Kuala Lumpur. Malaysia
https://jpwpkl.moe.gov.my 03-6204 6000 03-6204 6801 jpn.wp
  • Hits: 142968

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Ogos 2022, 21:08.