Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
KETUA JABATAN
![]() |
|
Nama :Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad |
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua bidang
- Meningkatkan mutu dan tahap profesionalisme warga pendidikan di semua bidang dan peringkat
- Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam aspek-aspek sebagaimana dihasratkan dalam falsafah pendidikan Negara
PIAGAM PELANGGAN
- Penyediaan prasarana dan perkhidmatan sokongan yang cekap, kemas, teratur, mesra dan serta merta bagi mejayakan Perkhiidmatan Pendidikan.
- Proses penempatan murid Tahun 1,Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK) akan diselesaikan dan dimaklumkan DALAM TEMPOH TIDAK LEWAT DARI TUJUH (7) HARI BERKERJA sebelum sekolah dibuka.
- Proses pertukaran biasa/permohonan belajar semula murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah DALAM TEMPOH LIMA BELAS (15) HARI BERKERJA dari tarikh tutup permohonan.
- Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan DALAM TEMPOH DUA PULUH SATU (21) HARI BEKERJA dari tarikh bekalan senarai guru diterima dan pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun DALAM TEMPOH TIGA PULUH (30) HARI BEKERJA dari tarikh tutup permohonan.
- Pengeluran perakuan pendaftaran,permit guru,pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta dan sekolah antarabangsa yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat DALAM TEMPOH EMPAT BELAS(14) HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan DALAM TEMPOH EMPAT BELAS(14) HARI BEKERJA dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN BERMULA.
- Pelanggan yang mendapat perkidmatan psikologi dan kaunseling diambil tindakan DALAM TEMPOH TUJUH (7) HARI BEKERJA.
- Semua bil dan tuntukan dibayar TIDAK MELEBIHI EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna.
- Urusan penempatan kakitangan bukan guru diselesaikan TIDAK MELEBIHI EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA selepas arahan penempatan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Semua pemohonan berkaitan dengan urusan perkhidmatan dari segi perlantikan,pengesahan dalam perkidmatan dan pemberian taraf berpencen diperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajar Malaysia (SPP) DALAM TEMPOH TIGA PULUH (30) HARI setelah menerima borang yang lengkap dan sempurna. Bagi pegawai lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pengesahan dilakukan SECARA ONLINE setelah dokumen yang lengkap dan sempurna di terima DALAM MASA EMPAT BELAS (14) HARI.
- Penghantaran dokumen persaraan wajib yang lengkap kepada Jabatan Pendidikan Awam (JPA) dilakukan SELEWAT-LEWATNYA SERATUS DUA PULUH (120) HARI atau EMPAT (4) BULAN sebelum tarikh persaraan pegawai.
- Semua pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan SERTA MERTA dengan mesra dan responsif.
- Sentiasa BERSEDIA DAN SANGGUP menerima pandangan,cadangan,syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.
STRUKTUR ORGANISASI
Nama |
Jawatan |
Alamat E-mel Rasmi (@moe.gov.my) |
Abdul Rashid bin Abdul Samad |
Pengarah |
rashid.samad |
Ismail bin Mohd Said |
Timbalan Pengarah Perancangan & Pengurusan PPD |
ismail.said |
Pn. Hjh Azizah binti Paijo |
Timbalan Pengarah Pembelajaran |
azizah.paijo |
Hj. Suhaimi bin Saidin |
Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah |
suhaimi.saidin |
Hj. Zahari bin Zakariah |
Timbalan Pengarah Pembangunan Murid |
zahari.zakariah |
Tn. Hj. Abdul Razak bin Osman |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam |
abrazak.osman |
Ahmad Kamal bin Abdul Ghani |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas |
ahmadkamal |
<KOSONG> |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan |
|
Mohd Rodzi bin Ismail |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran & Peperiksaan |
rodzi.ismail |
Mahaletchimi a/p Kuppusamy |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Sumber Manusia |
mahaletchimi.k |
Vijayalakchimi a/p Subramaniam |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur & Perolehan |
vijaya |
<KOSONG> |
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat |
|
Mohd YusofF bin Sahab |
Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan |
yusoff.btpnpp |
Hj. Hasruldani bin Hj. Husain |
Ketua Penolong Pengarah Sektor Psikologi & Kaunseling |
hasruldani |
Faziana binti Farook |
Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti |
faziana |
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang |
http://jpnpp.moe.gov.my | 04-6575500 | 04-6582500 | jpnpp |
- Hits: 70600