Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

KETUA JABATAN

Pengarah JPN Kedah 2

Nama:

Abd Aziz bin Selaiman
 

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan
  • Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia , berketrampilan dan sejahtera
  • Meningkatkan pencapaian akademik , kokurikulum dan sukan dari segi kualiti dan kuantiti
  • Memantapkan kualiti profesionalisme semua warga pendidikan secara berterusan

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman Dengan Penuh Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:

  1. Memastikan semua kanak-kanak dengan dokumen yang sah mendapat tempat belajar Tahun Satu (1) mengikut kohort umur  di sekolah-sekolah bawah kawalan KPM mengikut  pekeliling yang berkuatkuasa.
  2. Memastikan proses pemilihan kemasukan  murid  ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diselesaikan dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja
  3. Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan (PPD) mendapat dokumen, maklumat dan konsultasi berkaitan kurikulum dalam tempoh 14 hari bekerja.
  4. Memastikan semua murid sekolah menengah dan Tahap 2 sekolah rendah terlibat dalam aktiviti 1 Murid 1 Sukan
  5. Memastikan pendaftaran calon Peperiksaan Awam (SPM persendirian dan ulangan) diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima
  6. Memastikan permohonan  pendaftaran institusi pendidikan swasta  dengan dokumen yang lengkap diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  7. Menempatkan semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
  8. Memastikan agihan waran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  9. Memastikan semua bayaran bil dan tuntutan yang lengkap dibuat dalam tempoh tujuh  (7) hari dari tarikh penerimaan
  10. Memastikan semua aduan bermaklumat lengkap diurus tadbir mengikut Prosedur Operasi Standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja
  11. Memastikan semua klien yang memerlukan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 ( Akta 580)

STRUKTUR ORGANISASI

CARTA JABATAN PENDIDIKAN 2019 KEDAH

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
http://jpnkedah.moe.gov.my

04-740 4000

 

04-7404342 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Hits: 2580
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 16 Oktober 2019, 10:40.