Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
KETUA JABATAN
![]() |
|
Nama :YBhg. Datuk Tah Nia binti Haji Jaman |
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
OBJEKTIF
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berharap dapat:
- Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
- Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
- Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi
- Mengembangkan bakat murid secara holistik
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Mengemukakan laporan penuh siasatan semua aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja.
- Memberikan khidmat bantu profesional kurikulum dalam tempoh 14 hari daripada tarikh arahan diterima.
- Menempatkan guru ke sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima senarai guru daripada Kementerian.
- Memberikan kelulusan dan penempatan belajar kepada kanak-kanak warganegara di sekolah kerajaan atau pun sekolah bantuan kerajaan mengikut kohort umur dalam tempoh tujuh (7) hari daripada permohonan lengkap diterima.
- Membuat pengisian dan penempatan pengetua dan guru besar secara back to back dalam tempoh enam (6) minggu (kekosongan akibat persaraan wajib.
- Mendaftar dan memperbaharui permit guru dan institusi pendidikan swasta dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Menguruskan hal ehwal dan bakat murid yang melibatkan sekolah, pejabat pendidikan daerah, ibu bapa dan agensi luar dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Melaksanakan semua pentaksiran dan peperiksaan dengan adil, sahih dan amanah mengikut takwim persekolahan tahunan.
- Memastikan program Pendidikan Islam serta Pembangunan Adab dan Nilai dilaksanakan di semua peringkat mengikut ketetapan Kementerian.
- Melaksanakan tadbir urus perkhidmatan dan khidmat sokongan murid berkeperluan khas dilaksanakan mengikut garis panduan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.
- Memberikan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada warga kerja Jabatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja bagi kes baharu selepas permohonan diterima dan tertakluk kepada persetujuan klien.
- Menerima dan mengunci masuk permohonan pengesahan pelantikan dan perkhidmatan (termasuk pelanjutan dan pemberian taraf berpencen) ke dalam sistem e-Proper Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam tempoh tiga (3) hari permohonan lengkap diterima.
- Menghantar permohonan persaraan yang telah lengkap diterima ke JPA Pencen dalam tempoh 12 bulan sebelum bersara wajib.
- Melaksanakan keperluan perolehan berdasarkan amalan tadbir urus baik, mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan memenuhi tempoh seperti dalam piagam pelanggan Unit Perolehan.
- Memberikan jawapan kepada permohonan peruntukan penyenggaraan infrastruktur / pembangunan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Mengagihkan waran peruntukan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh tujuh (7) hari daripada penerimaan waran daripada Kementerian.
- Membuat pembayaran bil/tuntutan/invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan invois dan dokumen lengkap.
- Memberikan maklum balas tepat terhadap semua permohonan rasmi berkaitan ICT dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
- Mengemukakan maklum balas permohonan penggunaan bilik seminar/bengkel/latihan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan pelaksanaan prosedur tatatertib dalam tempoh 30 hari selepas dokumen lengkap diterima.
- Mengemukakan maklum balas kepada pengadu dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas aduan berkaitan integriti diterima.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jalan Punai Tanah, Taman Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. |
https://jpnsabah.moe.gov.my | 088-537010 | 088234828 | jpnsabah |
- Hits: 231035