Jabatan Pendidikan Negeri Perak

KETUA JABATAN

noprofile man

Nama :

-

 

VISI

Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik

MISI

Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan

OBJEKTIF

  • Mempertingkat Kecemerlangan Kepimpinan, pengurusan organisasi, tahap profesionalisme pengurusan pendidikan dan kualiti Pengurusan pentadbiran institusi pendidikan.
  • Memantapkan kualiti profesionalisme semua warga pendidikan secara berterusan.
  • Mempertingkat Prestasi Kecemerlangan Murid Dalam Aspek Pendidikan.
  • Melahirkan Insan Yang Cemerlang Dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek.
  • Mempertingkat Pembangunan Prasarana Pendidikan.
  • Mempertingkat Permuafakatan Pendidikan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan Memastikan:-

  • Kesemua kanak-kanak mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai hari pertama sesi persekolahan.
  • Semua sekolah mempunyai bekalan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Semua sekolah menerima keputusan peperiksaan awam pada masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan.
  • Kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima senarai calon perakuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Penempatan guru-guru ke sekolah diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Surat jawapan hasil siasatan akan dikeluarkan kepada pihak pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh disahkan.
  • Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Pelanggan menerima layanan mesra di Kaunter Khidmat Pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.

CARTA ORGANISASI

carta org jpnperak

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
https://jpnperak.moe.gov.my 05-5015000 05-5277273 jpn.perak
  • Hits: 243087

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 07 Disember 2022, 15:41.