Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
KETUA JABATAN
![]() |
|
Nama :Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar |
LATAR BELAKANG
Jabatan Pendidikan (Pelajaran) Negeri Pahang (JPNP) adalah jabatan yang menguruskan perkara yang berkaitan pendidikan di seluruh Negeri Pahang. JPNP kini terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan telah wujud sejak tahun 1913. Sebelum ini, JPNP terletak di bangunan Wisma Sri Pahang, Kuantan dan kemudiannya dipindahkan ke Alor Akar pada tahun 1983 sehingga awal tahun 2006. Pada bulan Mac 2006, JPNP telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Bilangan kakitangan di jabatan kini melebihi 300 orang yang terdiri dari guru dan bukan guru. Pengarah Pelajaran Negeri Pahang yang pertama ialah dipimpin oleh C.G Sollis.
Terdapat sepuluh (14) sektor yang berkuatkuasa September 2008 seperti berikut:-
- Sektor Pembelajaran
- Sektor Pengurusan
- Sektor Sumber Manusia
- Sektor Infrastruktur & Perolehan
- Sektor Pendidikan Islam
- Sektor Pembangunan Murid
- Sektor Pengurusan Sekolah
- Sektor Pentaksiran & Peperiksaan
- Sektor Pendidikan Khas
- Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
- Sektor Perancangan & Pengurusan PPD
- Sektor Pengurusan Maklumat
- Sektor Psikologi dan Kaunseling
- Sektor Integriti
NAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
- Pejabat Pendidikan Daerah Bentong
- Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands
- Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut
- Pejabat Pendidikan Daerah Lipis
- Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan
- Pejabat Pendidikan Daerah Pekan
- Pejabat Pendidikan Daerah Raub
- Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh
- Pejabat Pendidikan Daerah Maran
- Pejabat Pendidikan Daerah Rompin
- Pejabat Pendidikan Daerah Bera
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
- Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
- Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
- Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran
- Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan di kalangan warga pendidikan
- Mengembangkan potensi individu melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan
- Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah ke arah kecemerlangan
- Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan
- Menyediakan prasarana yang cukup dan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran
- Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan
- Membina perhubungan dan permaufakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi-agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan Memastikan:-
- Kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
- Semua murid disediakan dengan kemudahan 1 kerusi, 1 meja dan set buku teks pada hari pertama sesi persekolahan.
- Proses penempatan murid Tahun 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1, dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran.
- Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Urusan Rayuan Bersekolah Semula murid akan diuruskan untuk kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Urusan Pendaftaran Murid Bukan Warganegara dapat diselesaikan dalam tempoh (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Pendaftaran calon peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan diuruskan dalam tempoh 30 hari.
- Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
- Proses pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan.
- Proses penempatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Pembayaran bil dan tuntutan yang diterima dengan lengkap dan sempurna dalam tempoh 14 hari.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.
STRUKTUR ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang Darul Makmur |
https://jpnpahang.moe.gov.my | 609-5715700 | 609-5734857 | jpn.pahang |
- Hits: 55415