Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
KETUA JABATAN
![]() |
|
Nama :Encik Zulkernai bin Fauzi |
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
- Melaksanakan dasar pendidikan melalui Falsafah PendidikanKebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
- Melahirkan kepimpinan yang dinamik, prograsif dan proaktif untuk melaksanakan pembangunan pendidikan secara holistik.
- Meningkatkan pencapaian akademik melalui peperiksaan awam.
- Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi ledih kondusif.
- Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan dengan memberi kursus dan latihan.
- Menjaga kesejahteraan pegawai dan kakitangan serta memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.
- Meningkatkan sistem tadbir urus organisasi yang seiring dengan perkembangan teknologi.
- Meningkatkan pembangunan sukan, kokurikulum dan kesenian.
- Mengamalkan budaya penyayang dalam kalangan warga pendidik.
PIAGAM PELANGGAN
KAMI warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami agar :
- Semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
- Penempatan guru-guru dan Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima senarai mereka yang layak dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Semua sekolah dibekalkan dengan keperluan secukupnya sebelum sesi persekolahan bermula.
- Bayaran bil dan invois diproses oleh Jabatan tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan yang diterima.
- Urusan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain diurus mengikut pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
- Cadangan pengisian kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diperakukan dalam tempoh satu bulan sebelum berlaku kekosongan.
- Peperiksaan Awam dilaksanakan secara adil, sahih, amanah dan mematuhi semua peraturan peperiksaan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan mengamalkan pengurusan pelanggan berdasarkan Prosedur Operasi Standard.
- Jurang pencapaian pendidikan dan kemajuan akademik antara sekolah dapat dirapatkan.
- Semua murid yang hadir ke sekolah berada di dalam keadaan selamat dan kondusif.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. |
https://jpnkelantan.moe.gov.my | 09-7418 000 | 09-7482554 |
jpnkelantan |
- Hits: 120179