Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
KETUA JABATAN
![]() |
|
Nama :Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Ahmad |
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT
- Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia dan Bersatu Padu;
- Melahirkan Insan Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketrampilan dan Sejahtera;
- Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Untuk Keperluan Kemajuan Negara dan Memberi Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia.
OBJEKTIF
- Mempertingkat kualiti dan prestasi pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembentukan serta perkembangan sahsiah yang murni.
- Mempertingkat mutu pengurusan dalam pelbagai peringkat supaya cekap dan berkesan melalui pendekatan pelbagai falsafah dan prinsip pengurusan yang baik dan sesuai dengan iklim pendidikan.
- Mempertingkat kecintaan kepada ilmu dan membaca supaya menjadi budaya guru dan pelajar.
- Mempertingkat profesionalisme semua pegawai, pengetua, guru besar, guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan dalam bidang pengurusan, ilmu dan kemahiran.
- Mempertingkat pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan murid Islam dan mempertingkatkan perlakuan bermoral dalam kalangan murid bukan Islam.
- Menjalin perpaduan dan ikatan kasih mesra demi mempertingkat kerjasama antara jabatan, sekolah, pelajar dan masyarakat seluruhnya.
FUNGSI
Mengurus sumber-sumber pendidikan di peringkat negeri merangkumi aspek-aspek sumber manusia, kewangan, perkhidmatan, fizikal dan maklumat.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter dapat diberikan layanan dalam tempoh sepuluh (10) minit.
- Memastikan setiap maklum balas pelanggan diambil tindakan dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan setiap murid mendapat kemudahan satu set buku teks bagi warganegara pada hari pertama persekolahan.
- Memastikan setiap murid mendapat kemudahan satu set kerusi meja untuk semua murid pada hari pertama persekolahan.
- Memastikan maklumat di portal JPN adalah sahih dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditentukan supaya dapat menjadi sumber rujukan kepada pelanggan.
- Memastikan bayaran kepada pembekal perkhidmatan/kerja dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas bekalan atau perkhidmatan diterima.
- Memastikan maklum balas awal aduan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memastikan pengeluaran permit mengajar kepada guru pelatih (selain institusi di bawah KPM), guru swasta dan guru sementara dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka JALAN ISTANA, 75450 BUKIT BERUANG MELAKA, MELAKA |
http://jpnmelaka.moe.gov.my | 006-232 3776 /777 /778 /779 |
06-232 0500 | aduan |
- Hits: 164051