Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

KETUA JABATAN

Pengarah JPN Sabah 2

Nama : 

Puan Mistirine binti Radin
 

LATAR BELAKANG

Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi. Keluasan tersebut hampir menyamai 9 buah negeri termasuk dua buah Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia yang berkeluasan keseluruhan 73,711 km persegi. Dengan kedudukan geografinya yang luas, berbukit bukau, berpulau dan bersungai, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam usahanya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid di negeri ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merupakan organisasi perkhidmatan pengurusan pendidikan. Perkhidmatan pengurusan pendidikan berkenaan dilaksanakan oleh sepuluh (10) Sektor dan dua puluh empat (24) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Di samping itu, tiga (3) bahagian yang lain yang berkaitan, iaitu Bahagian Audit Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

FUNGSI

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

PENGURUSAN PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PRASEKOLAH

PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH

PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK 

SEKTOR PENILAI DAN PEPERIKSAAN

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

Pengurusan Sumber

Kepimpinan dan Kerohanian

Kurikulum

SEKTOR JAMINAN KUALITI

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Swasta

Pendidikan Khas

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

-   Jabatan kesihatan Negeri, Kementerian Hal Ehwal Masyarakat dan

-   Pengguna Negeri Sabah, Jabatan Kerajaan dan NGO

-   Rancangan makanan tambahan

(Program Murid dan Penempatan Guru Kaunseling).

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

Latihan

Kemudahan  dan Saraan

Kewangan

Akuan

Perolehan

Aset

Penilaian dan Kompetensi

Pentadbiran

Perkhidmatan

Perjawatan

Naik Pangkat

Tatatertib dan Keutuhan

Pembangunan

HRMIS

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  1. Semua murid mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan setiap tahun.
  2. Semua murid mendapat pendidikan berdasarkan Kurikulum Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Semua murid terlibat dalam pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan dan aktiviti kokurikulum
  4. Semua murid menerima perkhidmatan berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesihatan berdasarkan prosedur yang berkuatkuasa.
  5. Penempatan guru baharu dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bekalan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Semua permohonan pertukaran guru diproses dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh tutup.
  7. Semua warga pendidikan mendapat latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  8. Perkhidmatan kaunseling diberikan kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam tempoh 7 hari bekerja bagi kes baharu selepas permohonan diterima dan tertakluk kepada persetujuan klien.
  9. Semua peperiksaan awam dilaksanakan mengikut Prosedur Standard Operasi peperiksaan yang sedang berkuatkuasa.
  10. Penataran kurikulum terkini dan bimbingan berterusan dilaksanakan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
  11. Program bimbingan peningkatan band sekolah dilaksanakan secara berterusan.
  12. Semua urusan perkhidmatan berikut diperaku dalam tempoh 15 hari bekerja mulai tarikh permohonan diterima:
    • Pengesahan dalam perkhidmatan
    • Pemberian taraf berpencen
    • Kenaikan pangkat
    • Persaraan
  13. Mengurus pengisian perjawatan berikut dalam tempoh 14 hari setelah menerima kelulusan:
    • Kementerian Pendidikan Malaysia bagi jawatan PGB, Penolong Kanan dan AKP
    • Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi jawatan Penolong Kanan (SR) dan Ketua Bidang (SM)
  14. Semua aduan awam diproses dalam tempoh 15 hari bekerja.
  15. Semua bil tuntutan yang lengkap akan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan diterima.
  16. Data operasi sekolah, guru, murid dan anggota kumpulan pelaksana disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja mulai tarikh permohonan diterima. 
  17. Pembudayaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 di Ibu Pejabat dan PPD.

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punat Tanah, Taman Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah
http://jpnsabah.moe.gov.my 088-537010 088234828 jpnsabah[@]moe.gov.my