Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

KETUA JABATAN

Gambar Pengarah.jpeg

Nama : 

Puan Hajah Farizah Ahmad
 

LATAR BELAKANG

Penubuhan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada peringkat terawal adalah pada 3 Mac 2005 yang dibuat secara pentadbiran bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Pejabat ini seterusnya berpindah ke SK Putrajaya Presint 16(2) pada 8 Disember 2005. Enam orang pegawai pertama (secara pentadbiran) Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah dipinjamkan daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPN Selangor).

Penubuhan rasmi jabatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 15 Disember 2005 dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP). Pejabat ini disetarafkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan diletakkan terus di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Peralihan operasi pengurusan pentadbiran daripada Jabatan Negeri Selangor dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2006 dan pada 1 Januari 2007, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah beroperasi sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang pertama ialah En. Amran bin Maskor yang telah melaporkan diri pada 16 Mac 2006.Manakala Pengarah JPWPP yang kedua pula ialah En. Mohd. Yusop Bin Mohd. Diah.

Terdapat 7 sektor pengurusan di JPWPP iaitu :

Sehingga Januari 2013, JPWPP mentadbir sebanyak 14 buah Sekolah Rendah Harian, 9 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti berikut:

Sekolah-sekolah bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran WP Putrajaya

SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PIAGAM PELANGGAN

Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha;

STRUKTUR ORGANISASI

CARTA-ORGANISASI-JPN-WPP (OLD) (1).png

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras 7, Lobi 2, Blok E2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 W.P. PUTRAJAYA
http://jpwpp.moe.gov.my/ 03-8889 0000  03-8890 3087 jpwpp