Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

KETUA JABATAN

Gambar Pengarah.jpeg

Nama : 

Puan Hajah Farizah Ahmad
 

LATAR BELAKANG

Penubuhan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada peringkat terawal adalah pada 3 Mac 2005 yang dibuat secara pentadbiran bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Selangor dan ditempatkan di SMK Putrajaya Presint 11(1). Pejabat ini seterusnya berpindah ke SK Putrajaya Presint 16(2) pada 8 Disember 2005. Enam orang pegawai pertama (secara pentadbiran) Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah dipinjamkan daripada Jabatan Pelajaran Selangor (JPN Selangor).

Penubuhan rasmi jabatan ini telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada 15 Disember 2005 dengan nama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP). Pejabat ini disetarafkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan diletakkan terus di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Peralihan operasi pengurusan pentadbiran daripada Jabatan Negeri Selangor dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2006 dan pada 1 Januari 2007, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah beroperasi sepenuhnya. Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya yang pertama ialah En. Amran bin Maskor yang telah melaporkan diri pada 16 Mac 2006.Manakala Pengarah JPWPP yang kedua pula ialah En. Mohd. Yusop Bin Mohd. Diah.

Terdapat 7 sektor pengurusan di JPWPP iaitu :

  • Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
  • Sektor Pembangunan Akademik.
  • Sektor Pengurusan Sekolah.
  • Sektor Pembangunan Kemanusiaan.
  • Sektor Pengurusan Maklumat.
  • Sektor Jaminan Kualiti
  • Sektor Psikologi & Kaunseling.

Sehingga Januari 2013, JPWPP mentadbir sebanyak 14 buah Sekolah Rendah Harian, 9 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti berikut:

Sekolah-sekolah bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran WP Putrajaya

SEKOLAH RENDAH

  • SK Putrajaya Presint 8(1)
  • SK Putrajaya Presint 8(2)
  • SK Putrajaya Presint 9(1)
  • SK Putrajaya Presint 9(2)
  • SK Putrajaya Presint 11(1)
  • SK Putrajaya Presint 11(2)
  • SK Putrajaya Presint 11(3)
  • SK Putrajaya Presint 14(1)
  • SK Putrajaya Presint 16(1)
  • SK Putrajaya Presint 16(2)
  • SK Putrajaya Presint 18(1)
  • SK Putrajaya Presint 18(2)
  • SK Putrajaya Presint 5(1)
  • SK Putrajaya Presint 17(1)

SEKOLAH MENENGAH

  • SMK Putrajaya Presint 8(1)
  • SMK Putrajaya Presint 9(1)
  • SMK Putrajaya Presint 9(2)
  • SMK Putrajaya Presint 11(1)
  • SMK Putrajaya Presint 11(2)
  • SMK Putrajaya Presint 14(1)
  • SMK Putrajaya Presint 16(1)
  • SMK Putrajaya Presint 18(1)
  • SMK Putrajaya Presint 5(1)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

  • Sekolah Sultan Alam Shah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

  • SMKA Putrajaya

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PIAGAM PELANGGAN

Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha;

  • Memastikan pengurusan pengisian kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan diperakukan dalam tempoh tiga(3) bulan sebelum berlaku kekosongan.
  • Memastikan penempatan dan pertukaran guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) ke sekolah tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima senarai mereka yang layak dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memastikan kelulusan permohonan rayuan bersekolah semula bagi kes disiplin yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14 )hari bekerja dan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  • Memastikan bayaran kepada pembekal perkhidmatan/kerja dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas bekalan atau perkhidmatan diterima.
  • Memastikan semua aduan diuruskan dengan cekap dan teratur dalam tempoh lima belas(15) hari bekerja.
  • Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter dilayan dalam tempoh tiga puluh (30) minit.
  • Memastikan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 dibekalkan buku teks dan satu (1) set kerusi dan meja pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

STRUKTUR ORGANISASI

CARTA-ORGANISASI-JPN-WPP (OLD) (1).png

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras 7, Lobi 2, Blok E2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 W.P. PUTRAJAYA
http://jpwpp.moe.gov.my/ 03-8889 0000  03-8890 3087 jpwpp
  • Hits: 1513
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.