Jabatan Pendidikan Negeri Johor

KETUA JABATAN

foto azman adnan

Nama :

Encik Azman bin Adnan
 

LATAR BELAKANG

Sejarah Jabatan Sekolah Melayu pertama dibina pada tahun 1840 iaitu Sekolah Melayu Kg.Gelam dan Teluk Belanga (1846) atas minat yang tinggi ditunjukkan oleh Duli-Dull Yang Maha Mulia Temenggong Ibrahim (1825) dan Temenggong Abu Bakar (1862). DYMM Temenggong Abu Bakar yang belajar dari mubaligh Inggeris Kaesbearry telah mengusahakan persekolahan Melayu & Inggeris - dengan teratur mengikut warkah baginda pada 9hb. Mac 1885 kepada Gabenor Selat, diikuti oleh enakmen pada 1 hb. Jun 1902 bagi persekolah kanak-kanak 7 tahun. 'Johor Free School' diasaskan oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1864 di mana kedua-dua aliran Melayu & Inggeris di bawah satu bumbung.

'English School Johor Bahru' direkodkan berjalan pada tahun 1883. Kemudiannya English School Muar (1912), Johor Agriculture School (1885) dan Johor Technical School (1895).Bangunan baru dari punca 'Singapore & Straits Director' (SSD) 1883 Jabatan Pelajaran Johor telah wujud di bawah kelolaan Dato' Munsyi Ibrahim (Dato'Bentara Dalam) untuk menguruskan 5 buah sekolah (1883, 1885 dan 1887). YAM Ungku Mohd. Khalid (1901), Dato' Mohamed Mahbob (1913) bersama J.R. Thomson (1918) di mana struktur Daerah Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat telah diwujudkan. Jawatan Nazir Sekolah Melayu diwujudkan pada 21 Disember 1928 di Muar. 

Dari tahun 1887-1913 Jawatan Ketua Pelajaran dipanggil 'President di mana Dato' Munshi Ibrahim adalah Pemegang Pertama. 'Superintendent Of School' (1885-1984) digunakan bagi mengantikan 'Secretary of Education Dept' yang disandang oleh Mohd Khalid Bin Abdullah. Hj. Ismail Bin Hj. Sulaiman pada tahun 1916-1926 di tukar jawatannya kepada kepada 'Officers in charge of Malay School'. H.A.R. Cheesemen memulakan jawatan sebagai 'Superintendent of Education' pada tahun 1928. Selepas beliau sehingga tahun 1953 jawatan tersebut disandang oleh 14 orang. 'Chief Education Officer' bermula dari F.T. Laidlaw, hingga 1964 dengan 6 orang penyandang, berpejabat di Bukit Timbalan. Ketua Pegawai Pelajaran bermula pada 1964 berpejabat di Jalan Nong Chik dengan En Tan Teik Beng diikuti dengan 6 orang penyandang. Pengarah Pelajaran Johor yang pertama tahun 1971 ialah En. Ahmad Bin Haji Salleh yang berpejabat di Jalan Larkin, Johor Bahru.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

Jabatan Pelajaran Johor berharap dapat:

  • Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
  • Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada slogan "Selangkah Di Hadapan (One Step Ahead)", "Johor Top 5", "Johor LEADS" dan "Johor Showcase" berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan;

  • Proses penempatan murid Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pengesahan / pendaftaran
  • Proses pertukaran biasa murid bagi semua Sekolah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama dan Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Proses pendaftaran calon untuk peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan
  • Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima dan pertukaran guru diuruskan 2 kali setahun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan
  • Proses penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Proses pengeluaran perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta yang telah lengkap serta memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap
  • Proses pengisian kekosongan perjawatan kanan di JPN/ PPD/ Sekolah dapat diuruskan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan
  • Segala urusan dan penyelesaian masalah berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh borang diterima
  • Proses penyediaan dan penghantaran dokumen pesaraan wajib ke Jabatan Perkhidmatan Awam, 120 hari (4 bulan) sebelum tarikh persaraan pegawai dan anggota kumpulan pelaksana
  • Semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.
  • Sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima
  • Pelanggan yang mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja
  • Maklumat di laman web Jabatan (http://jpnjohor.moe.gov.my) dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diterima
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.

STRUKTUR ORGANISASI

cartajpnj2016XL 1

  **Klik gambar untuk lihat lebih jelas

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my) 
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
Johor
http://jpnjohor.moe.gov.my 07-2310 000 07-2347 132 jpn.johor
  • Hits: 1658
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.