Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

 

Dato Kamel CIO BM 15

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000: Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam menyatakan bahawa “agensi Sektor Awam perlu menamakan seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di kalangan pengurusan atasan”.

Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 18 Mac 2009 telah menetapkan bahawa “MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan bidang rujukan CIO Sektor Awam”.

Peranan utama CIO di peringkat Sektor Awam adalah seperti yang berikut:

  1. Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Kementerian/Negeri/Agensi dan ISP Sektor Awam;
  2. Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global;
  3. Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan
  4. Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT.
  • Hits: 140735

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Jun 2023, 16:23.