Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan

KETUA JABATAN

2021 Pengarah PADU

Nama :

En. Radzifuddin Bin Nordin

VISI

Unit Pelaksanaan dan Prestasi bertaraf dunia untuk memacu transformasi pendidikan

MISI

Menjadi rakan yang dipercayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan pelaksanaan pelan pendidikan kepada keberhasilan yang dihasratkan

OBJEKTIF

  • Memahami prestasi terkini dan cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan dengan tujuan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), menghapuskan jurang pencapaian (ekuiti), memupuk perpaduan antara murid, dam memaksimumkan kecekapan sistem.
  • Mewujudkan suatu visi dan aspirasi yang jelas bagi individu murid,dan sistem pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh 13 tahun akan datang.
  • Menggariskan suatu program transformasi yang komprehensif dan menyokong transformasi penjawat awam secara menyeluruh yang akan membolehkan Kementerian memenuhi permintaan baharu dan jangkaan pihak awam yang semakin meningkat.

FUNGSI

  • Peranan utama PADU ialah untuk memudah cara, menyokong, dan merealisasikan visi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia melalui kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PADU juga akan bekerjasama dengan Kementerian untuk membangunkan pelan tindakan pemulihan bagi memastikan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti sistem pendidikan di Malaysia.
  • Unit ini akan memastikan keberkesanan penyampaian strategi, mengawal selia pelaksanaan, mengurus saling bergantungan, dan memperkenalkan pendekatan baharu yang bertujuan untuk mendorong sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih berdaya saing pada peringkat global.

CARTA ORGANISASI

 Maklumat sedang dikemaskini

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@padu.edu.my)
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU)
Aras 3, Blok E9, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Malaysia

03 - 8888 1001

03 - 8888 1146

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Hits: 25869

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.