Unit Komunikasi Korporat

KETUA JABATAN

 kj ukk


Nama :

YBhg. Dato' Syed Azidi S A Aziz

 

VISI

Menjadi jentera pengurusan komunikasi dan perhubungan awam Kementerian yang profesional dan berwibawa.

MISI

Mengukuhkan imej korporat Kementerian menerusi pengurusan komunikasi dan perhubungan awam yang strategik

OBJEKTIF

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Kementerian dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif KPM secara keseluruhan;
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan,peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak;
  • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video;
  • Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan KPM diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
  • Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan KPM diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan. 

FUNGSI

Maklumat sedang dikemaskini

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:-

Seksyen Perhubungan Awam Dan Khidmat Pelanggan

  • Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima/SAT) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.
  • Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja.
  • Menyelaras penyediaan maklum balas isu menerusi media dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
  • Memenuhi 80% tahap kepuasan pelanggan dengan membuat pengukuran melalui Kajian Kepuasan Pelanggan sebanyak 2 kali setahun.

Seksyen Hal Ehwal Korporat

  • Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan Kementerian 1 kali setahun.
  • Menyedia dan menerbitkan Buletin Kementerian empat (4) keluaran setahun.
  • Memantau dan mengemaskinikan kandungan portal, blog, Facebook dan Twitter Kementerian setiap hari waktu bekerja.
  • Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.
  • Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai Kementerian Pelajaran Malaysia.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UKK 2021

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 9,  Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
0388846108   ukk
  • Hits: 20840

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Ogos 2021, 12:45.
kpm