Menginstitusikan Integriti di Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
MISI
Membudayakan Integriti di kalangan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF
Untuk menyepadukan semua pengurusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.
FUNGSI
Enam (6) fungsi utama Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
Tatatertib
Membuat tapisan tatatertib ke atas urusan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan darjah kebesaran bagi semua warga KPM (Bahagian, Jabatan dan Sekolah);
Mengumpul data-data kes tatatertib dan salah laku di peringkat Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri; dan
Mengurus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib.
Pengukuhan Integriti
Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi;
Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan;
Menyampaikan maklumat kepada pengurusan tertinggi mengenai perkembangan terkini isu-isu berkaitan integriti;
Mengadakan garis panduan dan program-program kesedaran berkaitan integriti; dan
Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan.
Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat dan/atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh penjawat awam;
Memastikan tindakan susulan aduan dan syor siasatan dilaksanakan oleh Bahagian yang berkaitan;
Menyalurkan aduan salah laku tatatertib dan jenayah berkaitan penjawat awam kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan
Menyelaras dan memproses aduan-aduan berkaitan pelanggaran integriti untuk disiasat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPRM.
Pematuhan
Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran dan kewangan yang berkuatkuasa di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;
Memastikan kod etika jabatan dipatuhi; dan
Mengadakan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau tatacara pentadbiran dan kewangan agar teratur selaras dengan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti warga KPM (Bahagian, Jabatan dan Sekolah);
Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib; dan
Semakan semula hasil siasatan oleh Bahagian/Jabatan.
Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif;
Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam organisasi;
Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan Unit; dan
Mengurus setiakan permohonan kerja luar, permohonan politik dan kelulusan hadiah warga Kementerian.