Unit Audit Dalam

KETUA JABATAN

 


Nama :

Kosong

VISI

Menjadi pemacu kecemerlangan pengurusan kewangan dan meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia

MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan mengemukakan Laporan/ Pemerhatian Audit yang objektif kepada Ketua Setiausaha ke arah meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF

Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

FUNGSI

Unit Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

Di samping itu, Unit Audit Dalam juga berperanan membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus. Berikut adalah beberapa lagi fungsi-fungsi utama Bahagian Audit Dalam:

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi supaya diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewenggan.
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Melaporkan kepada Setiausaha Kementerian hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit untuk kelulusan Setiausaha Kementerian.
  • Membentangkan Laporan Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

PIAGAM PELANGGAN

Kami anggota Unit Audit Dalam dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di Bahagian / Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Menjalankan pengauditan secara profesional dengan berpandukan kepada standard pengauditan yang diterima umum.
  • Menyediakan Laporan / Pemerhatian Audit yang bebas dan objektif.
  • Menyiapkan Laporan / Pemerhatian Audit dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pengauditan.
  • Mengeluarkan Laporan Tahunan tiga (3) bulan selepas berakhir tahun kewangan.

STRUKTUR ORGANISASI

2021 CARTA ORGANISASI UAD

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Unit Audit Dalam,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 4, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-88845430 03-88845431 [emel]
  • Hits: 11325

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Januari 2021, 10:51.