Jemaah Nazir

KETUA JABATAN

kj jemaah nazir dan jaminan kualiti.jpg

Nama:

Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin 

 

LATAR BELAKANG

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), dan sekarang Jemaah Nazir (JN), adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.

Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun 1956, JN merupakan sebuah organisasi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996. Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), satu nama yang mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan. Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diterajui oleh 20 orang Ketua Nazir.

Jemaah Nazir (JN) adalah sebagai badan pemastian standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan. Peranan ini perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya di peringkat sekolah. Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Antara tugas utama nazir ialah:

VISI

Jemaah Nazir (JN) Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI

Menaziri Dan Mempertingkat Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika.

OBJEKTIF

FUNGSI

PERANAN

PERANAN JEMAAH NAZIR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)

Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia ditadbirkan mengikut peruntukan yang telah diberi kepada Ketua Nazir berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Perkara Seksyen (sub sekyen)
Perlantikan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah 6 (1), (2), (3)
Kewajipan Ketua Nazir 117 (a), (b), (c), (d)
Kuasa Nazir Sekolah Untuk Memberi Nasihat 118
Sekatan ke atas Perintah Nazir Sekolah 119
Laporan Nazir Sekolah 120 (1), (2)
Kuasa Am Nazir Sekolah 121
Ketua Nazir Sekolah Boleh Memberi Kuasa Pegawai Pendidikan Untuk Bertindak Bagi Pihaknya 122
Kesalahan dan Penalti Berhubungan Dengan Nazir Sekolah 134

Seksyen 6 – Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah

Seksyen 117 – Kewajipan Ketua Nazir Sekolah

Ketua Nazir Sekolah hendaklah :
Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Seksyen 118 – Kuasa Nazir untuk memberi nasihat

Ketua Nazir Sekolah atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu Institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.

Seksyen 119 – Sekatan ke atas perintah Ketua Nazir Sekolah

Ketua Nazir Sekolah atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberi kuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 120 – Laporan Nazir Sekolah

Seksyen 121 – Kuasa Am Nazir Sekolah

Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Nazir Sekolah atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut “Nazir” ) boleh :

  1. Mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau

  2. Mengemukakan yang akan diajarkan atau apa-apa buku; bahan, dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang ada pada pendapat Nazir itu ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan

  3. Memberi kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.

Seksyen 122 – Ketua Nazir Sekolah boleh memberi kuasa Pegawai Pendidikan untuk bertindak bagi pihaknya.

Ketua Nazir Sekolah boleh secara bertulis memberi kuasa Pegawai Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam menjalankan kuasa-kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

STRUKTUR ORGANISASI

Carta Organisasi JN 1APRIL2019

HUBUNGI 

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jemaah Nazir 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Putrajaya, 
62604 Putrajaya.
03-8884 4139 03-8888 6867 jnjk.kpm