Jemaah Nazir
KETUA JABATAN
|
|
Nama :Ts. Hajah Zanariah binti Haji Ahmad |
|
VISI
Memacu Standard Kualiti Pendidikan Negara
MISI
Mengupayakan Sekolah bagi Memperkasakan dan Melestarikan Kecemerlangan Menerusi Standard Kualiti Pendidikan
OBJEKTIF
Memastikan Kelestarian Kualiti Sistem Pendidikan di Institusi Pendidikan
FUNGSI
- Memeriksa institusi pendidikan dalam lat tempoh yang sesuai untuk memastikan taraf PdP dan pengurusan institusi pendidikan berkualiti.
- Memastikan dasar dan peraturan pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan institusi pendidikan dan perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran kepada pihak bertanggungjawab.
- Mengemukakan laporan pemeriksaan kepada Menteri Pendidikan.
- Menggubal Standard Kualiti Pendidikan kebangsaan.
-
Menjalankan tugas lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan atas arahan Menteri Pendidikan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :
- Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun bagi sekurang-kurangnya 70 peratus sekolah.
- Memberi khidmat nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap setiap institusi pendidikan yang diperiksa secara bersemuka dan bertulis bagi membolehkan pihak institusi berkenaan mengambil tindakan penambahbaikan.
- Mengemukakan Laporan Pemeriksaan Institusi Pendidikan kepada Menteri Pendidikan dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari bekerja selepas tamat pemeriksaan.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Putrajaya, 62604 WP Putrajaya. |
03-8884 4139 |
03-8888 6867
|
jn.kpm |
- Hits: 101807