Institut Aminuddin Baki
KETUA JABATAN
![]() |
|
|
VISI
Pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang terbilang
MISI
Membangun keupayaan kepemimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti
OBJEKTIF
-
Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Kepimpinan
-
Meningkatkan Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Program Latihan IAB.
- Meningkatkan prestasi institusi pendidikan.
- Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan Program Pembangunan (OD) IAB.
- Membangunkan kompetensi kejurulatihan sebagai Master Trainer (MT).
- Meningkatkan tahap kepuasan peserta yang mengikuti program latihan dan pembangunan MT.
- Menginstitusikan IAB Sebagai Badan Pentauliahan MT.
- Memantapkan Kompetensi Pensyarah dalam Penyelidikan.
- Meningkatkan Kuantiti dan Kualiti Produk Penyelidikan dan Pembangunan dalam Bidang Kepimpinan dan Pengurusan Kepimpinan.
- Meningkat peratusan kepuasan pengguna terhadap produk penyelidikan dan pembangunan IAB.
- Meningkatkan jaringan dan kolaboratif dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.
- Meningkatkan Keupayaan IAB sebagai Hub Pendidikan di rantau ini dalam bidang pendidikan.
-
Meningkatkan tahap kepuasan peserta yang menyertai Program Jaringan dan Kolaboratif.
FUNGSI
- Latihan
- Pentaksiran
- Konsultasi
- Penyelidikan
- Penerbitan
- Pasukan Pemikir
PIAGAM PELANGGAN
1. IAB komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan, pembekal dan stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut:
- Melaksanakan sekurang-kurangnya 98% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen program latihan IAB pada tahun berkenaan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta kursus berpuas hati dengan program latihan IAB.
- Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta yang mengikuti program latihan berpuas hati dengan pengendalian sesi latihan oleh pensyarah IAB dan pensyarah jemputan.
- Memaklumkan pelanggan berkenaan kelulusan sesuatu kursus yang dimohon sekurang- kurangnya 4 minggu sebelum kursus bermula.
- Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu hari sebelum kursus bermula.
- Menjalankan sekurang-kurangnya 9 penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahun.
- Menghasilkan Sekurang-Kurangnya 10 Penerbitan Setahun.
- Menjalankan sekurang-kurangnya 6 program konsultasi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun.
- Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan penginapan.
2. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai 8.15 pagi hingga 5.00 petang.
3. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
4. Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan
Perkhidmatan di IAB adalah menepati tempoh-tempoh berikut:
- Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari
- Maklum balas awal dalam tempoh 15 hari
- Laporan status aduan dalam tempoh 5 minggu
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@iab.edu.my) |
Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan |
http://iab.moe.edu.my | 06-797 9200 | 06-797 9300 | iab |
- Hits: 50767