Bahagian Tajaan Pendidikan

KETUA JABATAN

 kosong


Nama :

Puan Mazlina binti Munawar
 

VISI

Peneraju dalam bidang penajaan pendidikan untuk menjana kecemerlangan intelek dan profesionalisme warga pendidik.

MISI

Membangunkan warga pendidik yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik pendidikan negara melalui pemberian biasiswa dan pinjaman.

OBJEKTIF

  •  Memastikan dana tajaan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan latihan bakal PPP dan PPP.
  •  Memastikan pengurusan tajaan kepada bakal PPP dan PPP dilaksanakan dengan cekap dan telus.
  •  Memastikan pengurusan cuti belajar dan jawatan latihan PPP dilaksanakan dengan efisien.
  •  Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran.
  •  Memastikan penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

FUNGSI

  •  Mengkaji dan merangka Dasar Penajaan dan Penguatkuasaan Perjanjian.
  •  Merancang dan mengurus penajaan / cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Anggota Kumpulan Pelaksana dan pelajar pra perkhidmatan dalam dan luar negara.
  •  Menguatkuasa perjanjian pinjaman dan biasiswa / cuti belajar.
  •  Mengurus tindakan penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman dan ganti rugi mungkir perjanjian biasiswa.
  •  Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan Jawatan Latihan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Memastikan surat tawaran biasiswa atau pinjaman dikeluarkan kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DALAM TEMPOH 14 HARI selepas calon diperaku dan diluluskan oleh pihak yang melulus.
  • Memastikan surat kelulusan cuti belajar dikeluarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DALAM TEMPOH 3 MINGGU selepas permohonan lengkap diterima.
  • Memastikan resit dikeluarkan DALAM TEMPOH 3 HARI BEKERJA bagi pembayaran balik pinjaman pelajaran atau gantirugi pecah kontrak oleh orang perseorangan.

CARTA ORGANISASI

 carta org bah biasiswa pembiayaan

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Tajaan Pendidikan, 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Cawangan Cyberjaya
Aras 1, Blok 2251, 
Jalan Usahawan 1, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan.
03-8321 7100 03-8321 7101  bt.info
  • Hits: 45738

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2021, 18:56.