Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KETUA JABATAN
![]() |
|
Salmiah binti Monshie |
VISI
Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan
MISI
Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
- Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
- Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
- Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
- Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KPM.
- Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
- Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.
FUNGSI
- Menerajui pembangunan Pelan Induk Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi berdasarkan dasar sedia ada dan baharu di KPM.
- Mengetuai operasi penyampaian Perkhidmatan kaunseling dan psikologi dalam aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan (3P) bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.
- Mengetuai dan melaksanakan Pelan Induk Kompetensi Dan Kualiti Kaunselor Pendidikan KPM.
- Mengetuai Pematuhan Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi bagi mencapai objektif perkhidmatan kaunseling dan psikologi.
- Memacu pentadbiran pengurusan data maklumat perkhidmatan kaunseling dan psikologi KPM.
- Mengetuai pengenalpastiaan dan menganalisis Isu-isu perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang mempunyai implikasi kepada dasar sedia ada dan baharu di KPM.
- Mengetuai khidmat kepakaran dan sumber rujukan kepada perkhidmatan kaunseling psikologi kepada warga KPM.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Kaunselor Organisasi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan Akta Kauselor 1998 (Akta 58Q);
- Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh sepuluh (10) minit;
- Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;
- Memastikan Laporan Sesi Kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;
- Memastikan Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.
CARTA ORGANISASI
![]() |
HUBUNGI
Alamat | Nombor Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya |
03-8872 1681 | 03-8873 1680 | [emal] |
- Hits: 66563