Bahagian Profesionalisme Guru

KETUA JABATAN

kj pendidikan guru.jpg


Nama :

YBhg. Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul

LATAR BELAKANG

Bahagian Pendidikan Guru ialah bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengendalikan program pendidikan keguruan dalam perkhidmatan. Program pendidikan keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang professional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

VISI

Bahagian Pembangunan Profesionalisme Keguruan Yang Elektif Dan Responsif Kepada Hala Tuju Kementerian Pendidikan Malaysia.

MISI

Melaksanakan Program Pembangunan Profesionalisme Keguruan Secara Terancang Dan Berterusan.

OBJEKTIF

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti. BPG bertindak sebagai sebuah badan professional keguruan yang bertanggungjawab sepenuh terhadap peningkatan kualiti guru dan memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI

  • Merancang hala tuju latihan pembangunan profesionalisme keguruan menggubal dan menilai pelaksanaan dasar latihan guru.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, membangun, menilai dan menentukan pematuhan standard latihan keguruan.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program bina upaya keguruan.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan program kompetensi pembelajaran dan pengajaran.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana serta menilai program peningkatan keilmuan dan akademik.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan melaksana latihan ICT serta menyelaras program dan kandungan pedagogi untuk pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT.
  • Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau hal-hal berkaitan pentadbiran perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan pembangunan BPG dan cawangannya.

PIAGAM PELANGGAN

  • Pelan Operasi Latihan dapat disediakan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum kursus dilaksanakan.
  • Penyediaan Khidmat kepakaran pembangunan profesionlisme keguruan dan Khidmat runding cara program peningkatan akademik dapat diberikan 100% kepada Pelanggan.
  • Kertas dasar/cadangan pembangunan profesionalisme keguruan disediakan dan mendapat kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum sesuatu program dilaksanakan.
  • Semua program latihan dalam perkhidmatan mematuhi 100% dasar latihan perguruan, standard kualiti program dan standard kualiti guru yang telah disediakan.
  • Kajian keberkesanan dan penilaian program BPG dapat dihasilkan 100% daripada setiap program yang dilaksanakan setiap tahunan.
  • Data dan maklumat latihan guru dapat dibekalkan kepada agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah mendapat kelulusan.
  • Tindakan diambil terhadap aduan Pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

STRUKTUR ORGANISASI

  • SEKTOR DASAR DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN KEGURUAN
    i.UNIT DASAR PEMBANGUNAN KEGURUAN (UDPK)
    ii.UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN KEGURUAN (UPPK)
    iii.UNIT KOMUNIKASI, HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN PENDOKUMENTASI (UKHAP)
    iv.SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN (SKP)
  • SEKTOR STANDARD KEGURUAN
    i.UNIT PEMBANGUNAN STANDARD GURU (USG)
    ii.UNIT PEMBANGUNAN STANDARD PROGRAM LATIHAN (USPL)
    iii.UNIT PENDAFTARAN DAN PENSIJILAN GURU (UPPG)
  • SEKTOR PEMATUHAN STANDARD DAN SOKONGAN PROFESIONALISME
    i.UNIT PEMATUHAN STANDARD GURU (UPSG)
    ii.UNIT PEMATUHAN STANDARD PROGRAM LATIHAN (UPSPL)
    iii. UNIT SOKONGAN PROFESIONAL KEGURUAN (USPK)

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Profesionalisme Guru,
Aras 3 - 6, Blok E13, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88841079/ 03-88841064

03-88841081

 

 

  • Hits: 26523

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 September 2020, 12:33.