Bahagian Perolehan
KETUA JABATAN
|
|
Nama :YBhg. Dato' Ahmad Firdaus bin Baharuddin |
VISI
Memperkasakan program/aktiviti perolehan yang sistematik, berkualiti, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan pendidikan negara.
MISI
Mengawal selia perbelanjaan wang awam secara profesional dan telus melalui pelaksanaan perolehan bekalan dan perkhidmatan dalam memberikan perkhidmatan dan nilai faedah yang terbaik kepada institusi pendidikan di Malaysia.
OBJEKTIF
- Merancang dan mengurus program/aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar pendidikan negara.
-
Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan.
-
Memantau dan menilai program/aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan.
FUNGSI
- Merancang dan menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan bagi keperluan pendidikan merangkumi Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian.
-
Merangka dasar perolehan KPM selari dengan keperluan pendidikan Negara.
-
Bertindak sebagai ‘focal point’ di dalam tadbir urus perolehan di peringkat KPM.
PIAGAM PELANGGAN
-
Menguruskan tender dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh iklan sehingga Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan;
-
Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh tujuh (7) hari dari kelulusan Lembaga Perolehan;
-
Menyediakan dokumen kontrak dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan;
-
Memastikan maklumbalas dikemukakan kepada pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh 10 hari serta mengemaskini laporan tindakan dalam tempoh dua (2) bulan;
-
Menggubal dasar dalaman berkaitan perolehan bekalan dan perkhidmatan serta mengemaskini dari semasa ke semasa semua tatacara dan peraturan serta garis panduan perolehan Kerajaan; dan
-
Memberi khidmat nasihat dalam tempoh segera kepada Stakeholders/ Pelanggan berkaitan dasar, tatacara dan peraturan perolehan Kerajaan.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Perolehan |
03-8884 6860 (Kaunter) /
03-8884 9292 (Setiausaha Bahagian)
|
03-8884 6800 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
- Hits: 56112