Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

KETUA JABATAN

 2023 Pengarah BPPDP

Nama :

YBrs. Dr. Latip bin Muhammad

 

VISI

Peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti.

MISI

Menggubal dasar pendidikan negara melalui perancangan dan penyelidikan ke arah sistem pendidikan berkualiti.

OBJEKTIF

  • Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.

  • Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa.

  • Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan.

  • Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti.

  • Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar pendidikan.

FUNGSI

  • Menerajui perancangan, pengurusan dan penggubalan dasar pendidikan makro, urusan hal ehwal Parlimen dan menguruskan pendaftaran institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.

  • Merancang, menyelaras dan mengesan kemajuan program pembangunan pendidikan menerusi program bantuan pelbagai hala, program kerjasama serantau dan penyediaan unjuran guru serta memperkasakan modal insan

  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan dasar, program dan aktiviti pendidikan bagi tujuan perancangan pembangunan pendidikan dan penggubalan dasar pendidikan.

  • Merancang, merangka dan melaksana penyelidikan perbandingan pencapaian pendidikan dan penyelidikan usaha sama dengan agensi serantau dan antarabangsa di peringkat kebangsaan mengikut piawai antarabangsa.

  • Merancang, mereka bentuk, menyenggara dan mengurus sistem pengurusan data, pangkalan data dan maklumat pendidikan KPM.

  • Merancang, membangun, mendokumenkan dan mengurus koleksi rujukan, sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan Pusat Rujukan KPM dan pembangunan kualiti BPPDP.

  • Menerajui dan merancang serta mengurus Pusat STEM Negara sebagai pusat pembangunan profesionalisme merangkumi penyediaan bahan sumber PdP bidang STEM serta perancangan dan penyelidikan bidang STEM.

  • Merancang, menyemak dan menilai semula pembangunan organisasi bahagian profesional KPM, JPN dan PPD.

PIAGAM PELANGGAN

SISTEM PENGURUSAN KUALITI
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
(PENSIJILAN ISO 9001:2015)
 
SKOP PENGURUSAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
PIAGAM PELANGGAN/ OBJEKTIF KUALITI BAHARU BPPDP TAHUN 2021
  • Menyediakan maklum balas kepada pihak yang berkepentingan terhadap isu pendidikan yang memerlukan perhatian dan tindakan pemutus dasar dalam tempoh masa sekurang-kurangnya tiga hari bekerja.

  • Menyediakan satu Kertas Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pemutus dasar bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

  • Menyediakan perancangan program/ projek dan menghasilkan dokumen perancangan pembangunan pendidikan tahunan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun dalam tempoh enam bulan.

  • Menyediakan buku rujukan pantas yang mengandungi data dan makluman pendidikan yang sah serta lengkap melalui penerbitan buku statistik iaitu buku Quick Facts pada bulan September dalam tahun semasa.

  • Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang diluluskan oleh pihak pengurusan atasan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan kepada agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh lima hari bekerja.

  • Mengkaji semula (review) dan mengemaskini Pelan Tindakan Strategik STEM Nasional sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun

  • Menyediakan enam laporan penyelidikan berkaitan dasar pendidikan yang membantu pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia membuat keputusan dalam tahun semasa.

  • Memberi keputusan terhadap kertas cadangan penyelidikan pendidikan dalam tempoh lima hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

  • Menerbitkan laporan kebangsaan pencapaian Malaysia berdasarkan hasil kajian penandaarasan antarabangsa menurut kitaran pelaksanaan kajian dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

  • Mendokumen bahan koleksi yang diterima oleh Pusat Dokumentasi (Sektor Repositori dan Pembangunan Kualiti) dalam tempoh lima hari bekerja untuk rujukan pengguna.

CARTA ORGANISASI

 Carta Organisasi BPPDP page 0001

 

**Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E
62604 Putrajaya

03-8884 6500 03-8889 5718 [emel]
  • Hits: 93989

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.