Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
KETUA JABATAN
![]() |
|
Dato’ Mohd Jamil bin Mohamed |
LATAR BELAKANG
Bahagian ini bermula sebagai Bahagian Sekolah yang ditubuhkan semenjak 1950an dengan fungsinya untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah & menengah untuk melaksanakan dasar pendidikan. Untuk menangani pertambahan sekolah dan kompleksiti pendidikan, Bahagian Sekolah telah distruktur sermula pada tahun 1995 dengan jawatan Pengarah dinaik taraf menjadi JUSA C dan dua Timbalan Pengarah DG54.
Pada tahun 2004, sekali lagi penstrukturan berlaku di mana tiga timbalan pengarah Gred DG54 diwujudkan dengan fungsi yang masih sama iaitu menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Pada 1 Mac 2008, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diwujudkan melalui penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Dianggotai seramai 150 orang dengan 82 pegawai dan 68 anggota sokongan. Diketuai oleh seorang Pengarah (JUSA B), dibantu tiga orang Timbalan Pengarah (DG54) dan disusun kepada 7 sektor dengan 18 unit. Fungsinya untuk menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai dasar pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah harian di Malaysia.
Mulai 16 Januari 2010 pula, Sektor Permata telah diwujudkan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menjadikan pertambahan kepada 8 sektor dan 20 unit dengan kekuatan seramai 88 pegawai dan 69 anggota sokongan. Kini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dianggotai seramai 157 orang kakitangan.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) mempraktikkan nilai korporat yang dirangka bagi mempengaruhi kejayaan atau kecemerlangan BPSH dalam melaksanakan dasar atau polisi yang ditetapkan. Ia dicapai dengan menyemai nilai-nilai murni dan komitmen dalam kalangan warga BPSH ke arah pencapaian visi, misi yang telah ditetapkan.
FUNGSI
Melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penyelarasan, pemantauan dan pengurusan
- Pengurusan program dan pengoperasian persekolahan
- Pengurusan Hal Ehwal Murid
- Menerajui pengurusan mesyuarat dan persidangan 'Stakeholders'
- Penempatan dan pertukaran guru
PIAGAM PELANGGAN
BPSH berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan dengan:
Pengurusan Penempatan dan Pertukaran Guru :
- Memastikan proses penempatan guru diuruskan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas bekalan guru diterima daripada BPSM.
- Memastikan proses pertukaran guru diurus 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan sehingga tarikh permohonan diluluskan.
- Memastikan keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
Pengurusan Murid :
- Memastikan keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima
Pengurusan Permohonan Agensi Luar :
- Bagi permohonan yang tidak memerlukan ulasan Bahagian lain, status kelulusan dikemukakan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Bagi permohonan yang memerlukan ulasan Bahagian lain, status kelulusan dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja selepas ulasan diterima.
Pengurusan Semakan Kertas Makluman / Cadangan :
- Memastikan Kertas Makluman / Cadangan dikemukakan kepada urus setia dalam tempoh 14 hari bekerja
Ulasan Memorandum / Kertas Cadangan :
- Memastikan ulasan Memorandum/ Kertas
- Cadangan dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja
Pengurusan Aduan Pelanggan :
- Memastikan Surat Akuan Terima dikeluarkan kepada pengadu yang mempunyai maklumat lengkap dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.
- Pengurusan Pembayaran kepada Pembekal :
- Memastikan urusan pembayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan bagi dokumen yang lengkap.
STRUKTUR ORGANISASI
![]() |
HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@.moe.gov.my) |
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan, 62604 Putrajaya |
03 8884 9370 | 03 8888 6671 | [emel] |
- Hits: 71268