Bahagian Pengurusan Maklumat
KETUA JABATAN
|
|
YBrs. Dr. Azlena binti Haron |
|
VISI
Peneraju Pelaksanaan ICT Bersepadu bagi Menyokong Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia.
MISI
Merancang, melaksana dan memantau Ekosistem ICT yang Efektif dan cost efficient.
OBJEKTIF
-
Menentukan hala tuju, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT KPM.
-
Membangun dan melaksana sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan serta efektif dan efisien.
-
Menguruskan sistem pemprosesan peperiksaan awam mengikut masa yang ditetapkan secara efektif.
-
Merancang, melaksana dan memantau infrastruktur dan kemudahan ICT yang memenuhi keperluan Pendidikan digital.
-
Memberikan khidmat runding dan sokongan teknikal ICT.
FUNGSI
-
Memahami lanskap bisnes, data, aplikasi dan Teknologi bagi ekosistem di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara menyeluruh.
-
Membangun Enterprise Architecture untuk KPM.
-
Meneroka teknologi baharu dan memacu prototaip, produk pendidikan ICT dan kaedah baharu dalam penggunaan teknologi untuk memudahkan automasi dan penambahbaikan bagi operasi, pengajaran dan pembelajaran KPM. Contoh: penggunaan perisian sumber terbuka dalam operasi, pengajaran dan pembelajaran KPM.
-
Merancang dan menyediakan keperluan perkakasan dan perisian ICT di semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan di KPM
-
Mengurus dan menyelaras khidmat bantuan teknikal pada semua peringkat.
-
Merancang, menyedia, mengurus dan memantau perkhidmatan rangkaian Wide Area Network (WAN) dan Local Area Network (LAN) KPM.
-
Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan Pusat Data KPM.
-
Merancang, menganalisis, merekabentuk, membangun, menguji dan menyenggara secara komprehensif bagi memastikan kesinambungan proses bisnes dan fungsi yang berintegriti seperti berikut: Sistem Teras, Sistem Bukan Teras, Portal, Integrasi Dalaman dan Luaran.
-
Memantau dan mengurus berkaitan keselamatan, risiko dan kerentanan persekitaran ICT KPM secara menyeluruh.
-
Memperkasa dan melaksana tadbir urus ICT KPM selaras dengan standard dan amalan baik antara bangsa.
-
Merancang, membangunkan dan melaksanakan Pelan Pengurusan Perubahan dan Pelan Komunikasi ICT meliputi pengurusan pemegang taruh dan komuniti di KPM secara komprehensif.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Membangunkan aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui bersama dengan pelanggan dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan mengikut kompleksiti.
- Melaksanakan pemprosesan: -
- Peperiksaan awam selewat-lewatnya 5 hari sebelum keputusan diumumkan; dan
- Pemilihan dan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan tingkatan 6 selewat-lewatnya 5 hari sebelum semakan tawaran online dikeluarkan.
- Memastikan aduan yang diterima melalui Meja Bantuan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
- Memastikan perkhidmatan Rangkaian Wide Area Network berdasarkan jaminan tahap ketersediaan 99%.
- Menyediakan perkhidmatan Pusat Data berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut: -
- Ketersediaan Pusat Data di Ibu Pejabat dengan 99%.
- Ketersediaan Pusat Data Pengehosan Web dengan 99%.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
- Hits: 58518