Bahagian Pengurusan Aset
KETUA JABATAN
![]() |
Puan Zalina Binti Rosli |
VISI
Pengurusan Aset Yang Bersistematik, Cekap Dan Berkualiti
MISI
-
Menyelenggara aset pendidikan secara menyeluruh demi keselesaan murid dan warga pendidik.
-
Memastikan kemudahan aset pendidikan mencapai piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi.
OBJEKTIF
- Merancang dan mengurus program/aktiviti pengurusan aset milik Kementerian selaras dengan dasar-dasar yang sedang berkuat kuasa.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan penyelenggaraan aset milik Kementerian Pendidikan Malaysia secara menyeluruh bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
- Merancang dan menyelaras penyediaan kemudahan infrastruktur asas demi menjamin kualiti pendidikan yang berkesan.
- Merancang dan menyelaras penyediaan kuarters serta kemudahan sokongan Aset Tak Alih Kerajaan yang lebih selesa dan selamat.
- Merancang, menyelaras dan memastikan aset alih Kerajaan milik Kementerian Pendidikan Malaysia dapat diurus dengan terselaras dan berkesan.
FUNGSI UTAMA
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti penyelenggaraan dan pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih Kementerian Pendidikan Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
-
Memastikan respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari dan laporan status dalam tempoh dua (2) bulan.
-
Menyediakan kelulusan permohonan penyelenggaraan bangunan / infrastruktur yang diterima daripada JPN / Bahagian dalam tempoh satu (1) minggu.
Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh dua (2) minggu bagi pelantikan seperti berikut:
- Pegawai Aset
- Pegawai Pemeriksa
- Lembaga Pemeriksa Pelupusan
- Jawatankuasa Penyiasat
- Pegawai Pemverifikasi Stor
- Mengurus pembayaran bil-bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari.
CARTA ORGANISASI
Organisasi Bahagian Pengurusan Aset dilengkapi dengan enam (6) Seksyen seperti berikut:
- Cawangan Dasar Dan Perancangan
- Cawangan Pengurusan Fasiliti
- Cawangan Pengurusan Infrastruktur
- Cawangan Pengurusan Hartanah
- Cawangan Pengurusan Aset Alih
- Cawangan Teknikal
- Cawangan Khidmat Pengurusan
HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pengurusan Aset
Aras 5 Blok E9,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuaan Putrajaya. |
03-8884 2395 | 03-8888 0560 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
- Hits: 59339