Bahagian Pendidikan Swasta
KETUA JABATAN
![]() |
|
Encik Fauzi bin Asirop |
VISI
Institusi Pendidikan Swasta Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
- Memastikan pendidikan swasta berkualiti dan bertaraf dunia melalui perundangan dan pemudahcaraan.
- Memastikan perkhidmatan pendidikan swasta yang cemerlang bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
- Meningkatkan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta.
- Meluaskan akses pendidikan yang berkualiti khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
OBJEKTIF
- Memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) serta Model Ekonomi Baru (MEB).
- Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan di bawahnya.
- Memastikan pelaksanaan sistem pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang cekap dan berkesan.
- Memastikan data dan maklumat institusi pendidikan swasta tepat dan kemas kini.
- Menjana pendapatan negara melalui Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) serta Pengantarabangsaan Pendidikan.
FUNGSI
- Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta.
- Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan.
- Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta.
- Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.
- Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
- Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550).
PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia berazam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan tepat dengan amanah, saksama dan penuh mesra bagi:
- Mengeluarkan surat kelulusan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa dalm tempoh 7 hari selepas diluluskan oleh Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru.
- Mengeluarkan surat sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi permohonan mendapatkan pas pelajar / pas penggajian dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Memastikan surat perakuan penerimaan aduan atau sebarang pertanyaan dikeluarkan dalam masa 1 hari bekerja.
- Memastikan siasatan dijalankan terhadap sebarang aduan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh makluman diterima.
- Menyebar luas dasar/pekeliling dan garis panduan baharu berkaitan pengurusan institusi pendidikan swasta dalam masa 7 hari bekerja.
- Mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung perekrutan pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan swasta dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Memberi maklum balas kepada permohonan mendapatkan maklumat dan data dalam tempoh 14 hari bekerja.
STRUKTUR ORGANISASI

HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 3, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. |
03-8884 9536 (KAUNTER) | 03-8888 6676 / 6679 | bps |
Untuk mengetahui senarai sekolah swasta yang telah berdaftar, sila layari https://smips.moe.gov.my/utama.cfm?cari=1 .
- Hits: 38707