Bahagian Pendidikan Islam

KETUA JABATAN

kj pendidikan islam.jpg


Nama :

YBrs. Encik Hassan Nudin bin A. Hamid
 

LATAR BELAKANG

Bahagian Pendidikan Islam mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.

Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Tetapi selepas penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

VISI

BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

MISI

Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia

OBJEKTIF

Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha berikut :

STRUKTUR ORGANISASI

 

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Islam 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras Bawah Dan Aras 2, 
No. 2251, Jalan Usahawan 1, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan
03 - 8321 7200 / 7300 03 - 8321 7201 / 7337 bpi.kpm