Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
KETUA JABATAN
Tuan Haji Azman bin Adnan |
VISI
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul
MISI
Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti
OBJEKTIF
Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:
- Penyelarasan dasar dan perancangan TVET, Pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti;
- Pembangunan kurikulum dan program TVET yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid;
- Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan; dan
- Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.
FUNGSI
-
Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan dasar makro dan hala tuju pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat pendidikan asas.
-
Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan, penyelidikan, sumber maklumat dan prasarana TVET di peringkat pendidikan asas.
-
Merancang, memantau dan menilai pembangunan kurikulum , penilaian dan pentaksiran serta proses pentauliahan dan jaminan kualiti program TVET di peringkat pendidikan asas.
-
Merancang, memantau dan menilai kecermerlangan institusi TVET pendidikan asas, program dan aktiviti berdasarkan keperluan perancangan TVET di peringkat pendidikan asas.
-
Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT) pendidikan TVET.
-
Merancang, melaksana, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Bahagian , Kolej Vokasional dan semua institusi program TVET di peringkat pendidikan asas.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami kearah merealisasikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang cekap dan berkesan. Kami berjanji akan:
- Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
- Mengeluarkan surat penempatan / pertukaran guru 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
- Memaklumkan keputusan permohonan belajar semula / pertukaran murid 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
STRUKTUR ORGANISASI
![]() ![]() |
HUBUNGI
Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. |
http://bptv.moe.gov.my | 03-88845154 | 03-88895047 | info.bptv |
- Hits: 60592